[7 TIPS KEKALKAN
MINDA POSITIF]
Saidatina Aisyah
bertanyakan kepada Rasulullah SAW,
"Bagaimana
seseorang itu mendapat keutamaan di dunia".
Baginda SAW
menjawab:
"Dengan
akalnya".
Saidatina Aisyah
bertanya lagi:
"Bagaimana
seseorang itu mendapat keutamaan di akhirat".
Baginda
menjawab:
"Dengan
akalnya".
Lantas Aisyah
bertanya:
"Bukankah
seseorang itu mendapat keutamaan dengan amalnya?"
Lalu Rasulullah SAW
menjawab:
"Seseorang itu
beramal mengikut kadar akalnya."
(Riwayat Tirmidzi)
Pakar psikologi menyebut, manusia
sering membazirkan masa kepada perkara yang sama. Banyak orang fokus kepada
hasilnya bukan pada prosesnya. Bagaimanapun, setiap orang yang mendapat hasil
yang bagus adalah kerana prosesnya yang sempurna.
Contohnya, seorang yang baru mula
berniaga, dari tiada apa-apa kemahiran, ilmu, pengalaman tetapi kerana memiliki
minda yang positif & produktif, dia akan mencari ilmu, belajar dari orang
berpengalaman, mengasah bakat & kemahiran sehinggalah akhirnya
perniagaannya berjaya.
Justeru, apa yang kita lakukan setiap
hari akan menentukan hasil yang diperoleh. Jika waktu yang dimiliki dibazirkan
dengan perkara sia-sia, ia tidak akan mendatangkan kejayaan melainkan kebuntuan
& kegagalan.
Pakar menyebut, kegagalan seorang itu
kerana tidak menggunakan waktu dengan bijak. Orang berjaya menggunakan masa
dengan rutin yang produktif seperti mengisi waktu dengan ilmu, kuat bekerja,
asah bakat & kemahiran, bergaul dengan orang-orang positif & banyak
melakukan amal ibadat kepada Allah SWT.
Antara perbuatan
menentukan kita memperoleh kejayaan ialah CARA BERFIKIR. Corak fikiran positif
akan mempengaruhi hati yang stabil & tenang, seterusnya mempengaruhi setiap
tindak tanduk kita. Oleh itu, kita perlu mengawal corak fikiran kerana ia
mempengaruhi emosi dan tindakan yang bakal diambil.
Contoh
terdekat kita boleh ambil seperti Semut & Gula. Corak kita berfikir akan
menentukan PROSES yang kita akan pilih & lakukan. Ada yang berfikir nak
jadi seperti SEMUT. Bekerja kuat & gigih mencari rezeki siang pagi petang
malam. Manakala mereka yang berfikir nak menjadi seperti GULA pula akan
memaniskan diri untuk menarik lebih banyak rezeki dimana kita akan cuba menjadi
insan yang baik, jujur, amanah, suka memberi kebaikan kepada orang lain,
berkata-kata yang baik-baik untuk menarik lebih banyak rezeki di luar sana.
Yang mana pilihan kita?
Rasulullah SAW
bersabda:
"Sebaik-baik
manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah dalam
Surah Al-Baqarah;
“Dan perumpamaan
orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan
untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran
tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua
kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun
memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat,”
(QS. Al-Baqarah: 265).
Di sini saya kongsikan 7 Tips mudah
nak bina & kekalkan minda positif setiap masa;
1) Cipta VISI @
Matlamat Hidup Yang Boleh Dicapai
👉Matlamat mesti spesifik, ikut Formula SMART -
🔑Specific - tahu dengan terperinci
target/impian yang ingin dicapai
🔑Measurable - boleh diukur dengan kemampuan
& kebolehan diri
🔑Attainable - boleh dicapai dengan kemampuan
& kebolehan diri
🔑Realistik - pilih impian yang realistik &
logic dengan kebolehan & kemampuan diri agar kita tidak mudah berputus asa
dalam usaha ingin mencapainya kelak
🔑Time Bound - beri ukuran atau tempoh masa yang
realisitik dengan kadar usaha & kemampuan diri sendiri, usah beri tekanan
yang berlebihan sehingga kita tak mampu untuk mengatasinya
👉Boleh dibayangkan & tau ia boleh di capai kalau
kita usaha - kita tak mungkin terbayang benda yang kita tak suka atau yang kita
tak nak
👉Rangka misi / strategi bagaimana nak capai matlamat
tersebut
👉Buat short term goals atau
target-target kecil dahulu - capai yang kecil-kecil akhirnya akan tercapai
target yang lebih besar
2) Kena sedar &
akui, kita tidak mungkin berubah selagi kita kekal di zon selesa
👉Mesti beri komitmen untuk berubah - bersungguh-sungguh
usaha untuk berubah, mencari jalan & tak mudah putus asa
👉Istiqamah dengan strategi yang sudah dibuat - nak jadi
konsisten adalah cabaran untuk yang baru nak bermula, dapatkan momentum &
kekalkan sehingga ada kemajuan kecil-kecil yang boleh dilihat dari masa ke masa
👉Nak ubah minda kena ubah cara -terpaksa terima
hakikat, tak ubah cara memang takkan mampu untuk ubah hasil, ubah cara/proses
hasil juga akan berubah
👉Nak ubah cara kena bekorban - ramai yang tak sanggup
bekorban, tapi kita kena bersedia minda & hati untuk bekorban supaya dapat
melihat perkembangan positif. Tiada pengorbanan, maka tiadalah
perubahan..
3) Nak ubah minda,
perlu sedar ia perlukan masa, percubaan, penambahbaikan & mungkin kesakitan
serta kegagalan sebelum kita berjaya ke 1 tahap yang kita inginkan
Ini kita namakan
PROSES. Nak berubah perlu BERANI ambil risiko.
Tiada benda yang
kita inginkan boleh dapat senang-senang & dengan mudah melainkan kita perlu
usaha, lalui pelbagai kegagalan & belajar dari kesilapan-kesilapan orang
lain. Dengan minda yang positif, segalanya hampir TIDAK MUSTAHIL. Persediaan
mental yang positif akan membantu kita melalui proses ini dengan tenang &
berjaya, insyaAllah.
Contohnya, orang
islam kita pantang dengar tentang pelaburan cepat kaya ni, terutama sekali yang
menjanjikan hasil yang berlipat ganda dalam masa yang amat singkat. Andainya
hidup semudah itu, sudah pasti tak ramai yang kena SCAM kan???
4) Mesti lapang dada
bersahabat dengan kegagalan.
Ingat kita gagal
bukan bermakna kita tidak mampu sebaliknya kita belum berjumpa cara yang betul
& berkesan. Maka kena terus bertahan dengan PROSES tersebut sehingga kita
berjumpa cara yang kita selesa & berkesan.
Kegagalan ini adalah
petanda kita telah mencuba. Kalau belum bertemu kegagalan bermakna kita masih
belum cukup usaha & mencuba. Betulkan minda, Kegagalan adalah penting &
perlu untuk memajukan kita ke peringkat seterusnya.
5) Ubah cara
berfikir
Banyakkan perspektif
dalam menilai sesuatu. Kita tak boleh mengawal keadaan yang berlaku
disekeliling kita tetapi kita boleh mengawal cara kita respon kepada
persekitaran kita.
'JANGAN BIARKAN BENDA DI LUAR
KAWALAN MENGAWAL APA YANG KITA BOLEH KAWAL'
6) Ubah persekitaran
kita.
Jauhkan diri dari
kawan-kawan yang memberi impak negatif kepada kita. Contohnya kawan yang sering
bercakap negatif, suka mengeluh, sering menyalahkan orang lain, suka beralasan,
sering bertangguh, suka memperkecilkan kita … wah… saya tak suka nak listkan,
banyak sangat..perkataan-perkataan ni pun dah berhantu, apetah lagi berkawan
dengan orang-orang yang begini...eeeeiiiii
Berita baik; ini
boleh diubah dengan senang-senang aje sebenarnya, ikut 'Law Of Repetition!'
“Repetition,
Repetition, Repetition is the First Law of Learning”
Lagi kerap kita
bersembang & bergaul dengan orang-orang yang positif, maka lagi kerap kita
akan cakap perkara-perkara positif & lakukan aktiviti-aktiviti yang
positif, akhirnya kita akan jadi positif tanpa sebarang paksaan pun.. bila
aktiviti & persekitaran kita berubah, automatically perangai kita juga
turut berubah!!
7) Mesti ada idola
Idola ni untuk kita
contohi, lebih kurang macam mentor yang boleh menaikkan semangat & motivasi
diri kita setiap hari. Dekati mereka & sentiasa berbual dengan mereka. Aura
mereka ni pun dah berbeza, tak percaya? Cuba dekatkan diri dengan orang-orang
yang berjaya, mereka ini positif & produktif. Mereka suka melihat orang
lain berjaya & mereka tak kedekut ilmu untuk membantu anda.
KESIMPULAN;
Mindset akan berubah
kalau kita ubah tindakan, aktiviti & persekitaran kita setiap hari.
Lakukakannya selama 100 hari, insyaAllah ia bakal menjadikan anda ....
DIRI ANDA YANG BARU
POSITIF & PRODUKTIF
1)